Sunday, September 16, 2012

pictos!

assalamualaikum dan salam sejahtera ya rakan-rakan sekalian.
ok fine, dah berabad tak menyentuh blog kawe nie.
bukan tak selalu buka tapi tak tau nak share apa je.. huhu..
actually kali nie nak share about pictures from blok A kolej Siswa Jaya kat Desa Rejang,area KL gak
actually ada dua je. komen amat dialukan..
 
This was taken in between 3rd and 4th floor.
Suasana pd waktu petang membuatkan aku nk snap gamba nie

 
yang nie plak dari tingkat 7 blok A, kira tingkat paling atasla.
The view is kawasan perumahan desa rejang.


Wednesday, February 15, 2012

Program Universiti.

Assalamualaikum kepada semua... (bajet cam orang baca ja)

Alahai! dah bertahun tak update blog nie. ingat nak tutup dah, tapi teruskan je la.

ok, kali nie aku nak citer sket sal program universiti yg aku join.

owh, sebelum tu, kat mana aku belajar sekarang????

tadaaa~ Kerana tuhan untuk manusia
Tapi aku tak belajar kat main campus di Skudai, Johor. Aku Belajar di kampus KL.

Most students in UTM International Campus are from Diploma Programme. Only 6 Degree Programme and 3 of them will be transferred to Skudai.

OK! berbalik kepada tajuk, recently, aku ada join 1 program anjuran UTM nie. Program tu diberi nama USR@PANCHING. (kasik gema sket..)

What USR stands for?? OKla, nama panjang dia University Social Responsibility di Felda Sg. Panching, Kuantan.

Selama 5 hari 4 malam kitorang kat Panching tu.Start 8 feb sampai 12 feb. Banyakla aktiviti dia, antaranya Khidmat Pendidikan, Khidmat Komuniti, anak angkat, sukaneka and byk lg la. (ayat cam pengacara je..)

Kat sini antara aktivitinya,


~Khidmat Komuniti di Felda Bukit Sagu~

TOLONG~ TOLONG~ TOLONG apa yang patut..

Bersama YB Dato' Haji Abdul Manan,
Ahli Parlimen Paya Besar

Khidmat Pendidikan di SK Paya Bungor..
nampak bangunan and pelajar2 sekolah tu?



Yang nie waktu sesi ceramah, tekun kot diorang..
aku kat sekolah dulu pun tak setekun camnie

menyempat aje budak nie.. Peace SKPB!

Hak nie, waktu persediaan kenduri sekampung.

Bawang~ Bawang~ Bawang~

Orait, sambung...
ada 2 Team dalam USR kali nie, 1 Team Selatan dok kat Panching Selatan, dan 1 lg, Team Timur dok kat Panching Timur. Aku plak dok dlm Team Timur.

Utk Khidmat Pendidikan, ada 4 buah sekolah terpilih spt, SK Paya Bungor (aku kat sini!!), SK Nadak, SK Panching Selatan dan SMK Seri Panching.






Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum,
Tidak ku sangka sudah masuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada tahun ini, 2011 bersamaan 1432H, aku berpuasa di rumah bersama ibu tercinta. Kenapa ya sy taip cam tu(mestila taip, takkan ckp plak!!)?? Sebab tahun lepas hampir setiap hari di bulan Ramadhan sy berpuasa di kolej. Sangat sedih woo tak bersahur dan berbuka dengan family..T.T.. Alhamdulillah, tahun nie dapat berpuasa di rumah. tahun depan tak tahu lagi..
Bagi akula, nak puasa dari segi menahan lapar dan minum tu tak jadi masalah pun, tapi nak menahan pandangan, kemarahan dan perbuatan tu memang susah! Tapi kita cuma hamba yang lemah dan cuma mampu buat yang terbaik sahaja..
Burung pun boleh marah tau!!
so, bergantung pada USAHA kita untuk menjadi yang terbaik dalam memerangi nafsu, tak kirala nafsu makan ke, nafsu tido ke dan banyak lagila jenis nafsu. Cara nak lawan tu senang je, banyakkan ibadat sunat tapi yang wajib jangan tinggal pulak! rugila nanti! tak lupa jugak, baca al-Qur'an, zikir dan banyak lagila dengan memuji kebesaran Allah dengan penuh ikhlas. Senang kan?? Marilah kita bermuhasabah diri demi kebaikan diri dan ummah. Sebelum 'The End', saya nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..(kalau faham bahasa melayu tu, okla.. huhu..)

MARHABAN YA RAMADHAN..

Jangan ponteng puasa tanpa sebab tau.. tuhan nampak..^^


Sunday, May 1, 2011

an introduction by new passenger of blogger.

Hello there,
i'm a new learner about blogger..
so, for this time, I don't what I should write..
maybe next time I have lots of idea to share with you..^^
however, I need your help to improve my blog..
if you don't mind.. hehe..