Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum,
Tidak ku sangka sudah masuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada tahun ini, 2011 bersamaan 1432H, aku berpuasa di rumah bersama ibu tercinta. Kenapa ya sy taip cam tu(mestila taip, takkan ckp plak!!)?? Sebab tahun lepas hampir setiap hari di bulan Ramadhan sy berpuasa di kolej. Sangat sedih woo tak bersahur dan berbuka dengan family..T.T.. Alhamdulillah, tahun nie dapat berpuasa di rumah. tahun depan tak tahu lagi..
Bagi akula, nak puasa dari segi menahan lapar dan minum tu tak jadi masalah pun, tapi nak menahan pandangan, kemarahan dan perbuatan tu memang susah! Tapi kita cuma hamba yang lemah dan cuma mampu buat yang terbaik sahaja..
Burung pun boleh marah tau!!
so, bergantung pada USAHA kita untuk menjadi yang terbaik dalam memerangi nafsu, tak kirala nafsu makan ke, nafsu tido ke dan banyak lagila jenis nafsu. Cara nak lawan tu senang je, banyakkan ibadat sunat tapi yang wajib jangan tinggal pulak! rugila nanti! tak lupa jugak, baca al-Qur'an, zikir dan banyak lagila dengan memuji kebesaran Allah dengan penuh ikhlas. Senang kan?? Marilah kita bermuhasabah diri demi kebaikan diri dan ummah. Sebelum 'The End', saya nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..(kalau faham bahasa melayu tu, okla.. huhu..)

MARHABAN YA RAMADHAN..

Jangan ponteng puasa tanpa sebab tau.. tuhan nampak..^^